Kenapa puasa tidak boleh turunkan berat badan
Makanan tengah hari ku. 500 g ayam steam. Kaki ayam dari Thailand. Lagi sedap dari yang dari KK. Mungkin itu ayam tua. Liat pula Steam kali ini pakai halia tumbuk dan sedikit serbuk lada merah. Tidak banyak beza rasa nya. Aku perap ayam yang di hiris hiris macam ayam tandoori dahulu dengan garam dan kunyit dan cuka buatan. Kuah nya cuma sos tiram dan kicap sahaja, cara masak China. Cepat dan sedap. Sehat lagi sebab kuah nya tidak lari sebab di steam dalam mangkok ini. Aku tiada pantang berapa banyak ayam, daging, telur yang aku makan tapi beratku tidak pandai naik. Yang penting jangan makan nasi dan tepung. Tapi tadi aku makam kuih kacang hijau tapi neskopi kosong sahaja, tiada gula. Sekarang pun minum Espresso tanpa gula, sedap juga, tidak pahit. Malah ada rasa masam sikit. Ikut cara kita buat Espresso ini. Boleh jadi pahit. Aku cuba makan lagi malam nanti sebanyak banyaknya. Mungkin telur atau burger daging. Mana yang teringin. Sesiapa kata susah mau turunkan berat badan sebab ...