Kenapa puasa tidak boleh turunkan berat badan
Makanan tengah hari ku. 500 g ayam steam. Kaki ayam dari Thailand.
Lagi sedap dari yang dari KK. Mungkin itu ayam tua. Liat pula
Steam kali ini pakai halia tumbuk dan sedikit serbuk lada merah. Tidak banyak beza rasa nya. Aku perap ayam yang di hiris hiris macam ayam tandoori dahulu dengan garam dan kunyit dan cuka buatan. Kuah nya cuma sos tiram dan kicap sahaja, cara masak China.
Cepat dan sedap. Sehat lagi sebab kuah nya tidak lari sebab di steam dalam mangkok ini.
Aku tiada pantang berapa banyak ayam, daging, telur yang aku makan tapi beratku tidak pandai naik. Yang penting jangan makan nasi dan tepung. Tapi tadi aku makam kuih kacang hijau tapi neskopi kosong sahaja, tiada gula. Sekarang pun minum Espresso tanpa gula, sedap juga, tidak pahit. Malah ada rasa masam sikit. Ikut cara kita buat Espresso ini. Boleh jadi pahit.
Aku cuba makan lagi malam nanti sebanyak banyaknya. Mungkin telur atau burger daging. Mana yang teringin.
Sesiapa kata susah mau turunkan berat badan sebab tidak boleh makan makanan sedap memang bodoh dan lagi teruk berdosa. Tidak pun mau mencuba walaupun sebulan pada hal mengalami sakit teruk dan terpaksa makan banyak ubat.
Konon kalau makan daging banyak datang gaut. Aku cuba tapi tiada pun datang sakit gautku walaupun bacaan asid urik terlalu tinggi dulu. Sekarang ok sudah walaupun makan hati atau daging. Syaratnya jangan makan nasi atau tepung. Makan sikit saja mulai datang gautku.
Konon makan saturated fat macam lemak ayam, daging dan mentega boleh naik tekanan darah. Lebih setahun sudah aku amalkan, tiada pun naik tekanan darah ku. Yang penting jangan makan nasi, tepung dan gula.
Konon makan telur boleh jadi bisul. Aku makan 10 biji sehari tiada pun bisul. Yang penting jangan makan nasi, tepung dan gula. Kau makan, pasti berbisik lah.
Jadi, semua penyakit-penyakit ini di sebabkan oleh carb, iaitu nasi, tepung dan gula. Buang mereka, cepat sembuh. Mahal kah?
Mahal sikit saja lah. 1 kg ayam rm 12. 1kg beras rm5 juga. Nasi dan roti tidak boleh lawan rasa lauk pauk lah. Tiada gula pun, lama lama rasa lebih sedap. Macam Espresso ku lah. Di taruh gula, hilanglah rasa kopi sejati nya. Sama juga dengan neskopi pun.
Comments
Post a Comment