Ikan Kayu Goreng Garam

Ikan kayu goreng garam

 Ikan Kayu kepala Ungu di goreng garam dengan minyak sapi. Di perap dulu dengan garam dan asam jawa. 40 g garam untuk 2 kg. Rasa masin sikit.


Di gunting di 3 tempat untuk buang asang dan perut. Tersilap gunting di pangkal Awang sehingga ka tulang belakang. Di pangkal perut untuk buang tulang asang. Lepas tu gunting 5 cm lebih sampai ka hujung perut. Paling senang dan cepat dari pakai pisau.


Pakai minyak sapi supaya sehat. Untuk tidak terbakar minyak, ikut Jamie untuk simpan atas ikan. Pakai berus cat selepas mula cair. 10 minit, balikkan setiap 2.5 minit. Setiap minit tolak supaya kulit tidak lekat walaupun non-stick. Api jangan kuat sehingga banyak asap. Bahaya.

Makan dengan kicap manis pekat cap ayam campur cuka. Kali ini tidak makan sambal udang kering si Ana. Sa malam makan sampai dapat gastrik. Satu biji cimitidine sebelum tidur dan satu lagi pagi tadi selepas minum Indocafe susu.

Lagi murah, sedap, cepat dan lembut dari Steak daging. Steak daging perlu rehat sampai 15 minit. Steak ikan tidak perlu. 5 minit sudah cukup. Tidak tunggu panas kan sehingga suhu bilik sebab isi memang lembut sudah. Ikan perlu buang perut dan campur garam. Steak daging pun perlu di potong nipis dan di simpan garam di setiap permukaan juga.

Comments

Popular posts from this blog

Soft-boiled Eggs using Pressure Cooker

Pesakit Dialisis Boleh Sembuh Dengan Kurang Nasi Sahaja

30-Tahun Otak Rosak Pulih oleh 2 Bulan Carnivore